Friday, April 17, 2009

jiman oh jiman.....(versi jiwang karat hehehe)

sojak den promote den punyo blog ado yo yang x paham apo den tulih...
so sajo jo den translate cito jiman ni dalam versi jiwang bahasa standard
so layan yo la..kok x jiwang pon buek2 macam jiwang yo la eh hehehe..
papo pon timo kasih la sudi singgah...ghajen2 komen la sekali eh
--------------------------------------------------------------------------------------
Satu petang yang hening...ternampak kelibat seorang pemuda bersendirian di tepi tembok jambatan sungai kampong kabong. Air sungai yang mengalir lembut itu tidak bisa menenangkan hatinya. Dia sendiri tak tahu apa yang merunsingkan fikirannya. Apa yang penting kepalanya dirasakan seperti ada beban yang berat yang sedang dipikulnya terutama apabila mengenangkan apa yang dia harus hadapi sekarang.
Dijadikan cerita, Raziman baru sahaja lepas bergaduh dengan ayahnya.
Apa yang berlaku pada Raziman ini menyebabkan orang-orang kampong yang lalu lalang ikut pening dek melihat muka Raziman yang penuh dengan masalah. Nak kata gila pandai Raziman ni,masuk sekolah asrama penuh. Tiada angin tiada ribut tiba-tiba termenung bertemankan jambatan. Nak cakap mengenangkan dia bujang lagi, ada Jamilah yang bakal ditunang Raziman lagi dua hari. Mungkin ada perkara lain yang difikirkannya.
“eh,bang man..kenapa ni bang.Baru tadi milah lalu rumah abang. Pak cik Jalaini milah tengok pun muka macam abang. Macam tak cukup makan. Tapi dah habis satu rumah ditebasnya rumput. Ni abang,dari tadi orang kampong kata abang duduk je termenung kat jambatan ni. Kenape ni bang? Cuba beritahu Milah sikit. Risau milah tengok abang macam ni tau,” Jamilah yang baru saja tiba di jambatan itu menyapa buah hatinya. Rasa simpati menyapa hatinya. Dilihatnya Raziman dalam keadaan tidak tentu hala.
Raziman berpaling ke arah Jamilah dengan muka sedih sepertimana seekor kucing kehilangan ibunya. Jamilah mula pelik,dicubanya mengenang salah yang pernah dibuat olehnya kepada raziman tapi tidak dapat juga menemui jawapan.
“Hmm..macam mana abang nak terangkan,Milah. Abang…er…akan..er…pergi jauh dari sini,” Raziman mula membuka mulutnya walaupun terasa berat untuk meluahkan apa yang tersirat dalam lubuk hatinya.
“apa abang cakap ni? Betulkah apa yang abang cakapkan ni?” Jamilah bertanya dengan sungguh-sungguh.
“Hmm..sebenarnya begini. Abang dapat ‘offer’ sambung pelajaran di luar Negara. Pergi Rusia. Kos perubatan,” dengan nada lemah Raziman melepaskan beban yang bermain di benak hatinya kepada Jamilah sambil dilarikan matanya dari lirikan mata Jamilah yang penuh dengan persoalan. Tidak sanggup hatinya untuk memberitahu perkara sebenar walaupun kedua mereka akan bertunang selang dua hari lagi.
“Oh..sebab tu je ke bang.” Jamilah pula bersuara. Dengan perlahan Jamilah melarikan padangan matanya kearah dua ekor keli yang sedang bermain-main di sebalik kejernihan Sungai Jelai yang mengalir di bawah jambatan yang mereka sedang berdiri.
“Sebenarnya…Milah dah tahu pasal perkara ni. Mak cik Timah beritahu Milah tadi,tapi kenapa abang nak sedih? Bukan itu yang abang impikan sejak kecil lagi,” Jamilah menyambung. Kali ini tangannya digenggam tapi getaran hatinya cukup menunjukkan betapa Jamilah sedih mendengar berita ini tapi cuba dikuatkan hatinya supaya tidak dilihat oleh Raziman.
“Abang memang nak pergi. Nak sangat sambung belajar di luar Negara. Tapi, lama abang fikirkan balik. Abang mesti terkenangkan Abah. Abah dah tua Milah. Kerbau yang kami ada bukan seekor. Kebun getah lagi. Siapa lagi nak tolong Abah tu kalau bukan abang. Risau abang,Milah. Kalau bukan abang satu-satunya anak abang tak tolong siapa lagi. Abah boleh pulak sedap-sedap minta abang pergi belajar jauh-jauh. Mana tak risaunya. Dibuat Abah jatuh di kebun. Tak pun demam ke. Siapa lagi nak jaga Abah. Pening Milah, pening….” Terang Raziman panjang lebar. Mukanya berkerut,menahan sebak di dada.
“hehe..itu je ke abang?ingatkan apa la tadi. Jangan risau la ek abang. Milah ni lama kenal nhan Acik jelani tu, sejak kecil lagi kita main sama-sama. Ni dah nak tuning dah pun. Jangan risau ye abang. Sepeninggalan abang nanti pandailah milah jaga Acik Jelani tu eh silap…Abah milah jugak nanti hehehe. Kena pula ramai pekerja-pekerja ayah Milah boleh tolong nanti. Jangan risau ye abang…kerja abang belajar saja sampai abang gapai impian yang telah lama abang pendamkan dulu. Jangan sampai ia terkubur,”kali ini senyuman manis terukir cantik di wajah Jamilah.
"hehe..betul apa Milah cakapkan ni?”diangkat kening Raziman mengharapkan persetujuan.
“ takkan la Milah nak tipu. Milah akan tolong. Pekerja-pekerja ayah tu akan Milah minta ayah Milah beritahu untuk menolong Abah nanti..eh silap..Acik jelani..hehe” dikenyitkan matanya mengusik Raziman. Begitu kuatnya semangat Jamilah. Tiada setitik air mata pun mengalir di pipi lembutnya. Itu yang membuat Raziman kagum dengan Jamilah.
Maka Raziman pun senyum kembali kepada Jamilah. Dilontarkan pandangannya jauh ke arah sungai yang sedang mengalir sejauh-jauhnya. Diharapkan masa berhenti. Sayangnya pada kampung halaman tak dapat lagi dipendam Raziman. Dengan perlahan,titik2 jernih mengalir dari matanya yang berkaca-kaca.
“Abang nangis ye…hehe..comel,” Manja la pula milah ni.
“Mana ada…mata masuk habuk la Milah. Milah…terima kasih ya Milah. Abang puas dapat kenal dengan Milah. Cukup memahami,”
“ kenal je ke?”ditarik sedikit muncung di bibirnya.
“ ye la..kenal. habis tu apa lagi?kan orang cakap….tak kenal maka tak cinta…kan..hehehehe,” jiman tersengih persis kerang busuk
“hehe..pandai ek die..hehehe,”senyuman Milah melebar. Maka kedua-dua bakal tuning itu pun memandang ke arah sungai. Lalu menyepilah mereka. Mengenangkan apa yang bakal terjadi kelak.
Bersambung….

No comments:

Post a Comment