Sunday, May 3, 2009

harga sebuah kebahagiaan-1

assalamualaikum semuo
huish..ujung minggu ni amek ponek den..nk menaip ceghito pon den x laghat
nk ckp den studi xdo pulak..cuti lamo lak tu.tigo aghi..yola kan..kato labour day hahaha
tp tu la..sobab cuti panjang sket n minggu dopan xdo test yang boghek2..mako den bersamo2 kawan2 den banyak la membuek xtvt luar seperti picnic dan laen2 hahaha
tu yang ponek tu..abih ceghito den..so skaghang den nak menulih cerpen lak..tapi kali ni ceghito guno bahaso biaso lak..bukan loghat la haha..apo ceghito eh..den pon xtau laie..layan yo la..
ceghito2 yang den buek ni banyak maen tulih yo.xdo ujung pangkal eh..kok den nak abihkan bilo2 yo buleh den abihkan..n ntuk cito jiman..minggu ni xdo..sori la ek..minggu dopan den sambung
n ntuk ceghito ni gak maybe bersiri gak..papo pon layan jo la ek..sekian..@ehsan02

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

"hidup ini tidak sempurna tanpa ada orang untuk dipercayai,namun bila sudah dikhianati
apa lagi yang akan ditinggalkan untuk baki kehidupan kita."

"Minggu ni kita akan belajar mengenai kehidupan Saidina Umar Al-Khattab r.a.,harap semua dapat buka buku teks sekarang,"semua pelajar kelas 4 ar-razi mula meraba-raba beg mencari buku teks pengajian islam.Selepas buku dikeluarkan mereka pun mula mencoret-coret nota menyalin kata-kata Ustazah Ruhani yang sedang mengajar di hadapan.Sedang mereka asyik menyalin nota tiba-tiba kedengaran bunyi pintu kelas diketuk.Ustazah Ruhani membuka pintu dan kelihatan Encik Romzi,seorang kerani sekolah tercegat di hadapan pintu.Mereka mula bercakap-cakap.Pelajar-pelajar dalam kelas berkenaan hanya memerhatikan sahaja perbuatan mereka.Selesai bercakap Ustazah Ruhani memalingkan muka ke arah para pelajarnya sambil mencari-cari kelibat seseorang.
"Azira,pengetua mencari kamu.Mungkin ada sesuatu perkara yang ingin dibincangkan dengan awak."kata Ustazah Ruhani sambil memandang ke arah Azira yang duduk di belakang kelas terus bangun dan mengikut langkah Encik Romzi ke arah pejabat.
"Awak Azira ya?"tanya pengetua sebaik sahaja Azira tiba di bilik pengetua.
"Ya,cikgu.Saya Azira.Kenapa saya dipanggil ni cikgu?"tanya Azira dengan wajah penuh kerutan dek menahan kerisauan di hatinya.
"Begini.Sebenarnya,saya baru dapat berita dari keluarga kamu.Adik kamu lari dari rumah.Baru pagi tadi kami terima."dengan penuh lembut pengetua memberitahu Azira.Diharapkan nada suaranya tidak menambah kerisauan di hati gadis berkenaan.
"Betul ke ni cikgu?baru pagi tadi kami sama-sama datang ke sekolah."Azira sedikit kebingugan.Dalam hatinya dicuba untuk menafikan kata-kata pengetuanya.Memang benar dia ada bergaduh dengan Fariza mengenai kekasih adiknya itu.Ibu bapanya juga ada membantah hubungan mereka disebabkan oleh masih lagi belajar tapi tidak disangka adiknya akan melarikan diri dari rumah.
"Kalau boleh saya tidak ingin membenarkan kata-kata saya itu tadi.Sebenarnya begini,pagi tadi,Cikgu Rahman ada menanyakan mengenai kerja rumah adik kamu.Tapi tidak diberikan kepada dia.Tiba-tiba dia marah Cikgu Rahman dan terus keluar dari kelas.Cikgu Rahman pun pelik.Tiba-tiba,kami dapat telefon dari rumah kamu.Emak kamu cakap adik kamu kemas-kemas barang dan terus keluar dari rumah.Itu yang saya panggil kamu tu,"jelas pengetua kepada Azira sejujur-jujurnya.
"Kalau kamu nak balik cari adik kamu silakan lah ye.Saya risau dengan adik kamu.Dia salah seorang pelajar cemerlang.Saya tak nak orang yang bagus macam dia rosak masa hadapannya nanti,"pengetua menyambung kata-katanya melihatkan Azira yang membisu sedari tadi.
"Ah,ye..terima kasih cikgu sebab faham,"seperti baru terjaga dari lena Azira membalas kata-kata pengetuanya tadi.Azira terus bergegas ke kelas dan memohon kepada Ustazah Ruhani untuk pulang ke rumahnya.Dikemaskan begnya ala kadar dan bergegas pulang ke rumah.

------------------------------------------------------------------------------------------------------

Setibanya di rumah,dilihatnya ada sebuah kereta polis di halaman rumahnya.Azira bingung seketika.Dengan perlahan Azira masuk ke rumahnya.Ditinjau-tinjaunya halaman rumah mengharapkan kelibat Fariza di mana-mana namun gagal untuk menemuinya.Azira mula melangkahkan kakinya ke ruang tamu.Kedengaran bunyi esakan orang menangis.Azira terus meluru ke dalam rumah mencari punca bunyi tangisan berkenaan.Setibanya dia ke bilik ibunya.Dilihat ibunya sedang menangis dan cuba ditenangkan oleh bapanya.Dilihatnya kelibat dua orang anggota polis berpakaian lengkap juga cuba untuk menenangkan ibunya.Perlahan-lahan Azira menghampiri ibunya.Dapat dilihat oleh Azira sepucuk surat di tangan ibunya.Dengan perlahan Azira mendakap ibunya dan cuba menenangkan ibunya.Ibu Azira yang sedari tadi menangis mula kurang sedikit tangisan melihat anak sulungnya berada di sisinya.Dengan perlahan Azira mengambil surat pada tangan ibunya.Surat itu dibuka dan dibaca.

Ke hadapan keluarga yang kucintai.Maafkan Fariza Mak,Abah dan Kak Zira.Anakmu ini sangat banyak menyusahkan kamu semua.Mungkin sebab selama ini saya dapat segala yang saya inginkan.Sekarang saya juga cuba untuk meminta lagi setelah kamu semua menghalang saya.Maafkan saya sebab menjadi seorang anak dan adik yang tak pandai mengenang jasa.Saya mohon kemaafan.Diharap jangan dicari anakmu yang derhaka seorang ini.Sampai di sini sahaja.Saya harap dengan ketiadaan saya hidup Mak Ayah dan Kak Zira lebih bahagia.
Seribu kemaafan dipinta,
Fariza

Air mata yang cuba ditahannya tadi mula turun dengan mencurah-curah.Tidak disangka sampai begini rajuk adiknya.Walaupun pernah Fariza tidak balik semalaman sebabkan rajuknya tapi tidak pula disangka yang dia akan melarikan diri sampai begini.'Dik,maafkan akak dik.Akak x sangka adik akan lakukan perkara sebegini.Pulanglah dik,'Azira menyeka air matanya dan berdoa di dalam hatinya supaya adiknya pulang ke pangkuannya dan ibu bapanya.Azira menutup surat itu dan kembali menenangkan ibunya.

selesai babak pertama...bersambung dua minggu lagi
--------------------------------------------------------------------------------------------------
Tu je kot intro ntuk crite baru ni..cadang den den nak solang2 ceghito..cito jiman duo minggu sekali dan yang ni pon duo minggu sekali....so banyak la sket variety ka hehehe..harap ado la oghang layan eh.
@upin02