Thursday, September 30, 2010

i'm back

huih..tajuk yo bahaso omputih..xpo2..
cumo nak gtau..insyaAllah akan kembali aktif menulih kek blog ni..dokek setaun gak den tinggalkan blog ni..insyaAllah jugak akan tambah bebeghapo bondo dalam blog ni..maghin x dapek nak update blog sobab laptop den ghusak..insyaAllah da ado pc baghu ni buleh la den update2 kan hehe..

Sunday, June 14, 2009

den nak balik msia kuang3

duo aghi laie dan den akan pulang ke malaysia yeahhhhh!!!!
huhu gindu eh nak makan makanan msia
haha
da gindu sgt ni hahaha
tp esok ade pekso
buek yo la
hahaha..yang ponting lopeh dlu la
ni nak balik den ghaso den x dapek nak sambong cerpen dalam maso terdokek sobab xdo internet huhu
tunggu yola..kok den gajen nanti den update la ek
timo kaseh la sesapo yang membaco blog den ni
@upin02

Sunday, May 3, 2009

harga sebuah kebahagiaan-1

assalamualaikum semuo
huish..ujung minggu ni amek ponek den..nk menaip ceghito pon den x laghat
nk ckp den studi xdo pulak..cuti lamo lak tu.tigo aghi..yola kan..kato labour day hahaha
tp tu la..sobab cuti panjang sket n minggu dopan xdo test yang boghek2..mako den bersamo2 kawan2 den banyak la membuek xtvt luar seperti picnic dan laen2 hahaha
tu yang ponek tu..abih ceghito den..so skaghang den nak menulih cerpen lak..tapi kali ni ceghito guno bahaso biaso lak..bukan loghat la haha..apo ceghito eh..den pon xtau laie..layan yo la..
ceghito2 yang den buek ni banyak maen tulih yo.xdo ujung pangkal eh..kok den nak abihkan bilo2 yo buleh den abihkan..n ntuk cito jiman..minggu ni xdo..sori la ek..minggu dopan den sambung
n ntuk ceghito ni gak maybe bersiri gak..papo pon layan jo la ek..sekian..@ehsan02

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

"hidup ini tidak sempurna tanpa ada orang untuk dipercayai,namun bila sudah dikhianati
apa lagi yang akan ditinggalkan untuk baki kehidupan kita."

"Minggu ni kita akan belajar mengenai kehidupan Saidina Umar Al-Khattab r.a.,harap semua dapat buka buku teks sekarang,"semua pelajar kelas 4 ar-razi mula meraba-raba beg mencari buku teks pengajian islam.Selepas buku dikeluarkan mereka pun mula mencoret-coret nota menyalin kata-kata Ustazah Ruhani yang sedang mengajar di hadapan.Sedang mereka asyik menyalin nota tiba-tiba kedengaran bunyi pintu kelas diketuk.Ustazah Ruhani membuka pintu dan kelihatan Encik Romzi,seorang kerani sekolah tercegat di hadapan pintu.Mereka mula bercakap-cakap.Pelajar-pelajar dalam kelas berkenaan hanya memerhatikan sahaja perbuatan mereka.Selesai bercakap Ustazah Ruhani memalingkan muka ke arah para pelajarnya sambil mencari-cari kelibat seseorang.
"Azira,pengetua mencari kamu.Mungkin ada sesuatu perkara yang ingin dibincangkan dengan awak."kata Ustazah Ruhani sambil memandang ke arah Azira yang duduk di belakang kelas terus bangun dan mengikut langkah Encik Romzi ke arah pejabat.
"Awak Azira ya?"tanya pengetua sebaik sahaja Azira tiba di bilik pengetua.
"Ya,cikgu.Saya Azira.Kenapa saya dipanggil ni cikgu?"tanya Azira dengan wajah penuh kerutan dek menahan kerisauan di hatinya.
"Begini.Sebenarnya,saya baru dapat berita dari keluarga kamu.Adik kamu lari dari rumah.Baru pagi tadi kami terima."dengan penuh lembut pengetua memberitahu Azira.Diharapkan nada suaranya tidak menambah kerisauan di hati gadis berkenaan.
"Betul ke ni cikgu?baru pagi tadi kami sama-sama datang ke sekolah."Azira sedikit kebingugan.Dalam hatinya dicuba untuk menafikan kata-kata pengetuanya.Memang benar dia ada bergaduh dengan Fariza mengenai kekasih adiknya itu.Ibu bapanya juga ada membantah hubungan mereka disebabkan oleh masih lagi belajar tapi tidak disangka adiknya akan melarikan diri dari rumah.
"Kalau boleh saya tidak ingin membenarkan kata-kata saya itu tadi.Sebenarnya begini,pagi tadi,Cikgu Rahman ada menanyakan mengenai kerja rumah adik kamu.Tapi tidak diberikan kepada dia.Tiba-tiba dia marah Cikgu Rahman dan terus keluar dari kelas.Cikgu Rahman pun pelik.Tiba-tiba,kami dapat telefon dari rumah kamu.Emak kamu cakap adik kamu kemas-kemas barang dan terus keluar dari rumah.Itu yang saya panggil kamu tu,"jelas pengetua kepada Azira sejujur-jujurnya.
"Kalau kamu nak balik cari adik kamu silakan lah ye.Saya risau dengan adik kamu.Dia salah seorang pelajar cemerlang.Saya tak nak orang yang bagus macam dia rosak masa hadapannya nanti,"pengetua menyambung kata-katanya melihatkan Azira yang membisu sedari tadi.
"Ah,ye..terima kasih cikgu sebab faham,"seperti baru terjaga dari lena Azira membalas kata-kata pengetuanya tadi.Azira terus bergegas ke kelas dan memohon kepada Ustazah Ruhani untuk pulang ke rumahnya.Dikemaskan begnya ala kadar dan bergegas pulang ke rumah.

------------------------------------------------------------------------------------------------------

Setibanya di rumah,dilihatnya ada sebuah kereta polis di halaman rumahnya.Azira bingung seketika.Dengan perlahan Azira masuk ke rumahnya.Ditinjau-tinjaunya halaman rumah mengharapkan kelibat Fariza di mana-mana namun gagal untuk menemuinya.Azira mula melangkahkan kakinya ke ruang tamu.Kedengaran bunyi esakan orang menangis.Azira terus meluru ke dalam rumah mencari punca bunyi tangisan berkenaan.Setibanya dia ke bilik ibunya.Dilihat ibunya sedang menangis dan cuba ditenangkan oleh bapanya.Dilihatnya kelibat dua orang anggota polis berpakaian lengkap juga cuba untuk menenangkan ibunya.Perlahan-lahan Azira menghampiri ibunya.Dapat dilihat oleh Azira sepucuk surat di tangan ibunya.Dengan perlahan Azira mendakap ibunya dan cuba menenangkan ibunya.Ibu Azira yang sedari tadi menangis mula kurang sedikit tangisan melihat anak sulungnya berada di sisinya.Dengan perlahan Azira mengambil surat pada tangan ibunya.Surat itu dibuka dan dibaca.

Ke hadapan keluarga yang kucintai.Maafkan Fariza Mak,Abah dan Kak Zira.Anakmu ini sangat banyak menyusahkan kamu semua.Mungkin sebab selama ini saya dapat segala yang saya inginkan.Sekarang saya juga cuba untuk meminta lagi setelah kamu semua menghalang saya.Maafkan saya sebab menjadi seorang anak dan adik yang tak pandai mengenang jasa.Saya mohon kemaafan.Diharap jangan dicari anakmu yang derhaka seorang ini.Sampai di sini sahaja.Saya harap dengan ketiadaan saya hidup Mak Ayah dan Kak Zira lebih bahagia.
Seribu kemaafan dipinta,
Fariza

Air mata yang cuba ditahannya tadi mula turun dengan mencurah-curah.Tidak disangka sampai begini rajuk adiknya.Walaupun pernah Fariza tidak balik semalaman sebabkan rajuknya tapi tidak pula disangka yang dia akan melarikan diri sampai begini.'Dik,maafkan akak dik.Akak x sangka adik akan lakukan perkara sebegini.Pulanglah dik,'Azira menyeka air matanya dan berdoa di dalam hatinya supaya adiknya pulang ke pangkuannya dan ibu bapanya.Azira menutup surat itu dan kembali menenangkan ibunya.

selesai babak pertama...bersambung dua minggu lagi
--------------------------------------------------------------------------------------------------
Tu je kot intro ntuk crite baru ni..cadang den den nak solang2 ceghito..cito jiman duo minggu sekali dan yang ni pon duo minggu sekali....so banyak la sket variety ka hehehe..harap ado la oghang layan eh.
@upin02

Friday, April 24, 2009

jiman oh jiman...5

potang ni teghaso hangek boto..walaupun da bukak tingkap kek bilik tu moscow dighasokan sungguh paneh
sughat yang sebontar tadi diteghimo eh daghi sonah membuekkan dio tertanyo2
"jiman,ekau baco la sughek ni boto2..den x sangko ekau camni jiman,"muko sonah yang seperti x ghoma memandang muke eh membuekkan jiman tertanyo2
berbalik semulo kek umah jiman
"ado apo tu bang man...ghisau yo den nengok abang daghi tadi.bukan eh ado kontrol pon aghi ni kan,"milah polik yo nengok muko jiman yang macam toye tu.
"ntah la milah,ni kawan abang sonah boghi sughek ni kek abang.lopeh tu buek muko maghah2 pulak..poning den dibueknyo.hmm...jom lah baco samo2 ek milah.den ghisau la baco soghang2 ni..x sonang ati den hehe,"sojak kawen maghen dan skaghang dah sambung blaja balik dioghang duduk samo bilik kek kolej tompek dioghang blaja.milah pon da diteghimo masuk tompek blaja jiman.
"dah abang sendighi kato den ikut yola..jom baco ek bang,"milah mengambil tompek duduk bersebolahan jiman kek ateh sofa umah dioghang.

Assalamualaikum pembuko bicagho,
ke hadapan abang jiman yang den peghonah tertaghik ati.sojak kali terakhir den melihat abang pado majlis perkahwinan abang maghen,hati den x tentogham.x sangko yang selamo ini den teghimo sughek daghi abang..abang sudah pon bertunang.bilo mato den sendighi nampak majlis persandingan abang kek malaysia maghen buek ati den podih.
tapi apokan dayo...semuo itu ketentuan ilahi..den teghimo dengan rela ati.walaupun kini abang sudah beghumah tanggo..den totap akan mengonang semuo nasihat2 abang pado den maghen.semuo layanan abang pado den maghen..walaupun hanyo sekadar melalui tinta..dan x peghonah bersemuko secagho toghang2an..den totap berteghimo kaseh pado abang.mungkin salah den sobab menghaghapkan lobih daghi yang sepatut eh..sepatut eh den peghasan yang abang sudah berpunyo sobab kan abang x peghonah pon teghimo ajakan den untuk bersemuko.
akhir kato..semoga abang bahagio di samping isteri tersayang...

teghimo kasih buatmu
ummul latifah

'aduh paghah..cemano ni'jiman berbisik sendighi kek dalam ati.
"abang kona ko sapo ni?"
'aduh milah ni pulak tanyo soklan ni...cemano ni..aduh.....'jiman mengoloh sendighi kek dalam ati.
"hmm..cemano nak koba kan ek..dio ni batchmate abang.abang kona biaso2 yo..ni first time baco sughek daghi dio.x sangko pulak camni,"jiman cubo menoghangkan.
'laki aku ni buleh cayo ko..hmm..xpo milah sabar milah,'muko milah mulo meghah dek menahan maghah eh
"hmm..boto ko ni bang.buleh ko milah cayo ni,"milah bertanyo dongan sedikit ghaso jeles
"alah milah ni..jeles2 pulak..den buleh sumpah la milah.den x kona bona pon ummul latifah ni.nanti ek den cubo tanyo balik sonah kenapo dio boghi sughek ni."jiman cubo menenangkan milah sambil kepalo eh ligat berpusing memikirkan kenapo la pulak tipah ni tulih sughek kek den ni.

--------------------------------------------------------------------------------------------------

"sonah!!!oh sonah!!!"jiman memanggil sonah yang baghu keluar daghi kelas eh
"ado apo eh jiman?"sonah berpaling dongan muko tercongang
"hmm..camno den nak cakap ek.den x paham la napo ekau sughoh baco sughek ni.den pon x paham napo kawan ekau ni tulih macam ni.den ado buek papo salah ko?"tanyo jiman kepado sonah.
'aduh...paghah.cmno pulak buleh jadi macam ni ni.haih jiman,maafkan den..den x sengajo.'ujang yang beghado kek sebolah jiman mulo ghaso kesian kek jiman.dio punyo salah jiman yang kono.
"aik jiman...ekau da buek salah.buleh plak nak tanyo den balik.pepandai la ekau pk,"milah mendengus sambil kaki eh mulo melangkah untuk meninggalkan jiman yang tercongok kek dopan pintu lab kimia.
tibo2 jiman teghingek..dengan copek sekali disoluk poket topi eh mengeluarkan sepucuk sughek.
"sonah..mungkin ekau still maghah kek den.tapi haghap ekau buleh sampaikan sughek ni kepado ummul latifah.bini den amanah kek den sughoh boghi kek kawan ekau ni.haghap ekau paham ek,"jiman mengojar sonah dan bersungguh2 mengharapkan sonah menolong eh.
'aik..dio ni x beghani ko apo..bini pulak yang tulih.suko ati la ekau jiman'kato sonah dalam ati wpun dio bongang dongan jiman diteghimo jugak sughek tu.mungkin ado baek nyo tipah baco.yang tipah ni pon satu..dah lopeh lopeh la.buleh plak nak tulih laie sughek kek jiman..buang tebiat apo.hehehe

--------------------------------------------------------------------------------------------------

"den ni nak maghah den ghaso ekau da bosa panjang..den da kobakan da pon..jangan tulih laie sughek kek jiman tu.ekau dogil jugak.nah...amek ni.bini jiman boghi kek kau,"sonah menghulurkan sughek yang diteghimo daghi jiman tadi.wpun dalam ati eh x sampai ati nk boghi sughek..tapi dihulurkan jugak kek tipah.bia dio sodar sikit..oghang da kato dogil
"la sonah..jangan la marah2..den ingek den nak tamatkan bondo ni..xpo sonah.ekau jangan ghisau ek.den da jangko da pon bondo ni akan berlaku.den akan teghimo seado eh,"tipah cubo menonangkan sonah.
dongan perlahan..dibuko eh sughek yang baghu diteghimo.....bersambung minggu dopan...

-------------------------------------------------------------------------------------------------

sampai cni yo penulisan den aghi ni..kalau ado respon yang baik den akan menoghuih kan ceghito ni hehehe(kalau xdo pon den toghuih kan jugak hehe)
@ipin01

Tuesday, April 21, 2009

sajo cubo2 hehehe..haghap2 jadik
teghimo la upin dan ipin hehehe


@ipin01@upin02

Friday, April 17, 2009

jiman oh jiman.....4

"ekau boto ko nak poie ni?"tanyo sonah kek tipah.
"ntah la sonah...den sodeh bona ni.x sangko jiman sanggup tipu den,"walaupon da siap tipah maseh x totap nak poie ko x majlis kawen jiman.
"mano buleh tipah.kito da dapek undangan.wajib bagi kito untuk poie walimatulurus tu.x kigho la ekau sodeh ko x.mungkin ekau buleh dapek sesuatu daghipado kendughi tu,"kali ni leha pulak mencolah.
"kok itu yang ekau da kato..kito poie yo la.kok den nangih sampai taun dopan..majlis tu totap langsung jugak kan,"tipah mengoghingkan air mato yang mengaler kek pipi eh tu.
dongan langkah longlai x bermayo...digagahkan juo kaki eh melangkah ko majlis kendughi oghang yang dio minati sojak setaun maghen.walaupon podih totap juo digagahkan.
'ya Allah,ekau kuek kan la ati hamboMu ini.sesungguh eh den ni hamboMu yang teramat la lomah eh,'dalam diam tipah berdoa.
-----------------------------------------------------------------------------------------

"ekau kenapo ni jang?"togo jiman kek kawan baek eh tu.sojak daghi tadi dilihat eh ujang x tentogham duduk.koloh kosah daghi tadi.da abih satu ghumah jiman dighayau eh.mano x poning kepalo jiman.
"xdo apo la man...ni bini ekau bilo nak sampai ni...kato pukul duo boleh dah nak sanding ni.lambek da ni,"ujang cubo menuka tajuk.
"kojap laie sampai la tu..bukan jauh pon.kek kulu tu jo..limo menet laie sampai la.pueh tu beraghak..bia la lamo sikit hehehe,"jiman golak yo sikit menengok ghagam ujang yang daghi tadi x tontu halo eh.
seperti ado telipati...ujang tibo2 terpaling ke aghah jalan bosa.dapek dilihat eh sekumpulan anak dagho berjalan memasuki perkaghangan umah jiman.ditonung eh..seperti mengonali kelibat tersobut.dipeghati satu-satu.jumpo la dio oghang yang dicaghi...berbaju kurung labuh hijau pucuk pisang,dongan tudung hijau bersulamkan corak2 daun lalang mati(warno kuning la tu maksud eh)...satu namo yo dapek diingek kek bonak ati eh...ummul latifah...dapek dilihat tang jauh..ujang mentafsir yang anak dagho yang dio tongah peghati tu dalam keadaan sodih.
xtau daghi mano ujung pangkal eh..tibo2 kaki ujang melangkah ke aghah kumpulan tu.
"assalamualaikum semuo...selamat datang..silo duduk,"tibo2 terkeluar ayat2 polek tu.macam dio pulak tuan ghumah.'apo kono den ni..aih poning2,'dalam ati ujang mengutok dighi eh.
"ekau apo kono ni jang.mano tuan ghumah..tibo2 yo menyampok,"tibo2 sonah men'nyound' ujang.dek kato2 sonah tu terbughai la golak tipah dan leha.kono plak muko ujang yang terpingo2 tu buek dioghang golak laie lamo.
"hehe..xdo..sajo jo nak togo ekau sonah.lamo x jumpo,"nak jadi ceghito sonah ni classmate eh si ujang ni.
"ekau ni da xdo akal ko.den ghaso baghu yo seminggu kto balik tang rusia nun..tibo2 lamo x jumpo.ntah papo ntah ekau ni ujang,"skali laie kumpulan kocik tu tergolak.
"pak pak kelempung kelempung pak pak,"tibo2 jo bunyi kompang yang x sodap kek telingo ni kedongaghan...menandokan milah meghangkap pengantin pompuan da sampai.
ati tipah kembali sobak.tapi totap digagahkan ati eh.ujang yang sedaghi tadi peghati yo tipah...
"ekau ni tgk mano ujang.berkonan ko kek kawan den.ni hah tipah.ujang yang den ckp aghi tu.yang gompak anat tu,"sonah tibo2 yo peghasan apo yang ujang buek.abih cakap dio pon memandang balik kek mempolai berduo yang duduk kek dopan ghumah menengok acik ontah daghi mano ntah membantai silat pulut..men balun yo acik tu..abih semuo badan eh ditopok.
"lawa la jugak bini jiman ni kan jang,"tibo2 sonah bersuagho..
"aah..lawa jugak la,"tergamam ujang memerhatikan bini jiman.'lawa btol milah ni ni,patut la jiman x pandang pompuan laen..ah apo la den ni..memang dioghang da bertunang jugak apo sebolom kona den.mmg salah den la tipah.maafkan den tipah,'
"aik ujang..ekau x peghonah tgk ko bini eh si jiman ni?macam boyo jumpo daging yo den nengok,"tanyo sonah kepado ujang.
"x..ni la kali pertamo den tgk live..salu den tgk kek ym yo..den ingek kan milah ni adek dio.x sangko pulak dio ni tunang eh jiman,"tibo2 terkelua perkataan tu kek mulut eh.
"hah..ekau pon xtau?????"sonah tergamam.
ujang baghu tersodar..dio tersilap cakap.dongan gelisah sekali dio memandang tipah yang sojak tadi mendonga perbualan sonah dan tipah.
"koghang bukan rummate dio ko?"tanyo sonah laie.
"er..."ujang terkolu.
"weh jang...tolong den kek cni jap.banyak laie jamba nak anta ni!"joghit bota tang belakang.
'huih..naseb baek la ado bota,'kato ujang dalam ati eh."eh sonah..banyak kojo la..nanti2 la kito bughak ek.den goghak dulu la eh,"
"ok2...buek kojo tu leklok.jangan kang tertumpah lak jamba kek baju oghang,"sonah sonyum jo donga kato2 ujang tu.dialihkan eh pandangan kepado tipah yang maseh dalam keadaan terkojut.....
--------------------------------------------------------------------------------------
bersambung...minggu dopan

jiman oh jiman.....(versi jiwang karat hehehe)

sojak den promote den punyo blog ado yo yang x paham apo den tulih...
so sajo jo den translate cito jiman ni dalam versi jiwang bahasa standard
so layan yo la..kok x jiwang pon buek2 macam jiwang yo la eh hehehe..
papo pon timo kasih la sudi singgah...ghajen2 komen la sekali eh
--------------------------------------------------------------------------------------
Satu petang yang hening...ternampak kelibat seorang pemuda bersendirian di tepi tembok jambatan sungai kampong kabong. Air sungai yang mengalir lembut itu tidak bisa menenangkan hatinya. Dia sendiri tak tahu apa yang merunsingkan fikirannya. Apa yang penting kepalanya dirasakan seperti ada beban yang berat yang sedang dipikulnya terutama apabila mengenangkan apa yang dia harus hadapi sekarang.
Dijadikan cerita, Raziman baru sahaja lepas bergaduh dengan ayahnya.
Apa yang berlaku pada Raziman ini menyebabkan orang-orang kampong yang lalu lalang ikut pening dek melihat muka Raziman yang penuh dengan masalah. Nak kata gila pandai Raziman ni,masuk sekolah asrama penuh. Tiada angin tiada ribut tiba-tiba termenung bertemankan jambatan. Nak cakap mengenangkan dia bujang lagi, ada Jamilah yang bakal ditunang Raziman lagi dua hari. Mungkin ada perkara lain yang difikirkannya.
“eh,bang man..kenapa ni bang.Baru tadi milah lalu rumah abang. Pak cik Jalaini milah tengok pun muka macam abang. Macam tak cukup makan. Tapi dah habis satu rumah ditebasnya rumput. Ni abang,dari tadi orang kampong kata abang duduk je termenung kat jambatan ni. Kenape ni bang? Cuba beritahu Milah sikit. Risau milah tengok abang macam ni tau,” Jamilah yang baru saja tiba di jambatan itu menyapa buah hatinya. Rasa simpati menyapa hatinya. Dilihatnya Raziman dalam keadaan tidak tentu hala.
Raziman berpaling ke arah Jamilah dengan muka sedih sepertimana seekor kucing kehilangan ibunya. Jamilah mula pelik,dicubanya mengenang salah yang pernah dibuat olehnya kepada raziman tapi tidak dapat juga menemui jawapan.
“Hmm..macam mana abang nak terangkan,Milah. Abang…er…akan..er…pergi jauh dari sini,” Raziman mula membuka mulutnya walaupun terasa berat untuk meluahkan apa yang tersirat dalam lubuk hatinya.
“apa abang cakap ni? Betulkah apa yang abang cakapkan ni?” Jamilah bertanya dengan sungguh-sungguh.
“Hmm..sebenarnya begini. Abang dapat ‘offer’ sambung pelajaran di luar Negara. Pergi Rusia. Kos perubatan,” dengan nada lemah Raziman melepaskan beban yang bermain di benak hatinya kepada Jamilah sambil dilarikan matanya dari lirikan mata Jamilah yang penuh dengan persoalan. Tidak sanggup hatinya untuk memberitahu perkara sebenar walaupun kedua mereka akan bertunang selang dua hari lagi.
“Oh..sebab tu je ke bang.” Jamilah pula bersuara. Dengan perlahan Jamilah melarikan padangan matanya kearah dua ekor keli yang sedang bermain-main di sebalik kejernihan Sungai Jelai yang mengalir di bawah jambatan yang mereka sedang berdiri.
“Sebenarnya…Milah dah tahu pasal perkara ni. Mak cik Timah beritahu Milah tadi,tapi kenapa abang nak sedih? Bukan itu yang abang impikan sejak kecil lagi,” Jamilah menyambung. Kali ini tangannya digenggam tapi getaran hatinya cukup menunjukkan betapa Jamilah sedih mendengar berita ini tapi cuba dikuatkan hatinya supaya tidak dilihat oleh Raziman.
“Abang memang nak pergi. Nak sangat sambung belajar di luar Negara. Tapi, lama abang fikirkan balik. Abang mesti terkenangkan Abah. Abah dah tua Milah. Kerbau yang kami ada bukan seekor. Kebun getah lagi. Siapa lagi nak tolong Abah tu kalau bukan abang. Risau abang,Milah. Kalau bukan abang satu-satunya anak abang tak tolong siapa lagi. Abah boleh pulak sedap-sedap minta abang pergi belajar jauh-jauh. Mana tak risaunya. Dibuat Abah jatuh di kebun. Tak pun demam ke. Siapa lagi nak jaga Abah. Pening Milah, pening….” Terang Raziman panjang lebar. Mukanya berkerut,menahan sebak di dada.
“hehe..itu je ke abang?ingatkan apa la tadi. Jangan risau la ek abang. Milah ni lama kenal nhan Acik jelani tu, sejak kecil lagi kita main sama-sama. Ni dah nak tuning dah pun. Jangan risau ye abang. Sepeninggalan abang nanti pandailah milah jaga Acik Jelani tu eh silap…Abah milah jugak nanti hehehe. Kena pula ramai pekerja-pekerja ayah Milah boleh tolong nanti. Jangan risau ye abang…kerja abang belajar saja sampai abang gapai impian yang telah lama abang pendamkan dulu. Jangan sampai ia terkubur,”kali ini senyuman manis terukir cantik di wajah Jamilah.
"hehe..betul apa Milah cakapkan ni?”diangkat kening Raziman mengharapkan persetujuan.
“ takkan la Milah nak tipu. Milah akan tolong. Pekerja-pekerja ayah tu akan Milah minta ayah Milah beritahu untuk menolong Abah nanti..eh silap..Acik jelani..hehe” dikenyitkan matanya mengusik Raziman. Begitu kuatnya semangat Jamilah. Tiada setitik air mata pun mengalir di pipi lembutnya. Itu yang membuat Raziman kagum dengan Jamilah.
Maka Raziman pun senyum kembali kepada Jamilah. Dilontarkan pandangannya jauh ke arah sungai yang sedang mengalir sejauh-jauhnya. Diharapkan masa berhenti. Sayangnya pada kampung halaman tak dapat lagi dipendam Raziman. Dengan perlahan,titik2 jernih mengalir dari matanya yang berkaca-kaca.
“Abang nangis ye…hehe..comel,” Manja la pula milah ni.
“Mana ada…mata masuk habuk la Milah. Milah…terima kasih ya Milah. Abang puas dapat kenal dengan Milah. Cukup memahami,”
“ kenal je ke?”ditarik sedikit muncung di bibirnya.
“ ye la..kenal. habis tu apa lagi?kan orang cakap….tak kenal maka tak cinta…kan..hehehehe,” jiman tersengih persis kerang busuk
“hehe..pandai ek die..hehehe,”senyuman Milah melebar. Maka kedua-dua bakal tuning itu pun memandang ke arah sungai. Lalu menyepilah mereka. Mengenangkan apa yang bakal terjadi kelak.
Bersambung….